journey of cup + cake !!

Daisypath Anniversary tickers

Nov 4, 2011

Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan Semasa Hari Raya (^_^)


Peristiwa pada malam hari raya lima tahun lepas tetap  segar dalam ingatan saya.Hal ini kerana pada malam itu,saya telah ditimpa kemalangan yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila. Kegembiraan yang diharapkan rupa-rupanya tragedi yang malang mendatang.
     Pada malam itu,saya segera bertemu rakan-rakan saya di halaman rumah selepas selesai sembahyang terawih. Saya bersama-sama rakan-rakan saya terus pergi ke suatu tempat yang telah dijanjikan.
    Saya dan rakan-rakan saya telah menyiapkan satu beg pastik mercun untuk diletupkan. Sebaik-baik sahaja tiba,kami terus membuat persiapan untuk bermain mercun-mercun yang dibawa itu. Akhirnya, letupan pertama meletup"dumm...".selepas itu, terdengar pula letupan balas daripada kumpulan lain yang sama turut bermain mercun.
    Saya dan rakan-rakan saya tidak mahu mengalah jadi kami pun meletupkan lagi, tapi kali ini kami meletupkan banyak mercun sekaligus untuk mencabar mereka."Dumm...dumm...dumm..."Tiba-tiba,saya terasa sesuatu benda yang panas mengenai seluar saya. Rasa bahang yang panas mula rasa di seluar sebelah kanan saya. Kaki saya tiba-tiba terasa kebas rupanya mercun meletup di kaki saya sewaktu saya membaling mercun. Saya tidak perasan ada satu mercun yang terjatuh disebelah kaki saya.
Saya dibawa ke hospital untuk merawat kaki saya. Kaki saya  berbalut, saya ingatkan saya telah kehilangan kaki saya tetapi  alhamdulilah kaki saya hanya melecur sedikit sahaja. Ibu saya sangat marah pada saya kerana katanya perempuan duduk dirumah bukannya keluar bermain mercun seperti budak lelaki.
    Sejak peristiwa itu saya telah insaf. Disebabkan saya tidak mahu mendengar nasihat orang tua saya, ia telah membawa padah pada saya. Saya berasa sungguh menyesal kerana kaki saya sudah menjadi cacat dan tidak cantik lagi kerana kesan yang melecur. Bak kata pepatah"sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna".    



No comments:

Post a Comment