journey of cup + cake !!

Daisypath Anniversary tickers

Nov 29, 2011

rasa di hati sedikit tak puas hati !


urmmm...cmna nk cita ek...manusia sekarang nie knp ssh sgt nk ada adap ek?? ssh sgt ka suma 2 nk tanam dalam diri.. tak kira tua atau muda suma kena ada adap lah k...kalau tak da adap orang nak pandang pon tak nak..bukan apa, ada la sikit tak puas hati yang dah lama simpan dalam hati nie...cuma saja tak mau la nak bising2 sana sini bab kita ney perempuan tak manis la buat perangai macam 2 kan...so kat sini cuma nk tegur ja laa, buat la perangai elok2 baru la suma orang suka..kalau buat perangai tak elok orang benci and orang tengok pon tak hebat dok buat peragai macam 2..orang rasa meluat lagi ada laa~ so sekarang masing2 tolong lah pikir tentang diri sendiri 2 dulu, hebat ka buat perangai macam 2?orang suka ka?orang respect ka?...jangan pandai2 kata kat orang kalau diri 2 pon sama ja perangai hampeh...ok!~ dat's all i wnt 2 say...bbye........ :)

Nov 4, 2011

Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan Semasa Hari Raya (^_^)


Peristiwa pada malam hari raya lima tahun lepas tetap  segar dalam ingatan saya.Hal ini kerana pada malam itu,saya telah ditimpa kemalangan yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila. Kegembiraan yang diharapkan rupa-rupanya tragedi yang malang mendatang.
     Pada malam itu,saya segera bertemu rakan-rakan saya di halaman rumah selepas selesai sembahyang terawih. Saya bersama-sama rakan-rakan saya terus pergi ke suatu tempat yang telah dijanjikan.
    Saya dan rakan-rakan saya telah menyiapkan satu beg pastik mercun untuk diletupkan. Sebaik-baik sahaja tiba,kami terus membuat persiapan untuk bermain mercun-mercun yang dibawa itu. Akhirnya, letupan pertama meletup"dumm...".selepas itu, terdengar pula letupan balas daripada kumpulan lain yang sama turut bermain mercun.
    Saya dan rakan-rakan saya tidak mahu mengalah jadi kami pun meletupkan lagi, tapi kali ini kami meletupkan banyak mercun sekaligus untuk mencabar mereka."Dumm...dumm...dumm..."Tiba-tiba,saya terasa sesuatu benda yang panas mengenai seluar saya. Rasa bahang yang panas mula rasa di seluar sebelah kanan saya. Kaki saya tiba-tiba terasa kebas rupanya mercun meletup di kaki saya sewaktu saya membaling mercun. Saya tidak perasan ada satu mercun yang terjatuh disebelah kaki saya.
Saya dibawa ke hospital untuk merawat kaki saya. Kaki saya  berbalut, saya ingatkan saya telah kehilangan kaki saya tetapi  alhamdulilah kaki saya hanya melecur sedikit sahaja. Ibu saya sangat marah pada saya kerana katanya perempuan duduk dirumah bukannya keluar bermain mercun seperti budak lelaki.
    Sejak peristiwa itu saya telah insaf. Disebabkan saya tidak mahu mendengar nasihat orang tua saya, ia telah membawa padah pada saya. Saya berasa sungguh menyesal kerana kaki saya sudah menjadi cacat dan tidak cantik lagi kerana kesan yang melecur. Bak kata pepatah"sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna".    



MENU HARI RAYA :)

LONTONG
BAHAN- BAHAN
Minyak masak
suhun
keping tauhu (potong dadu)
tempe (hiris nipis)
udang kering
santan
batang serai 

helai daun kunyit (di ikat)
lobak merah (dhiris panjang)
kubis bunga (hiris kasar)
Garam
Gula



BAHAN YANG DIKISAR:

bawang merah
bawang putih
kunyit hidup
cili kering (rendam dahulu)

CARA :
Suhun, tauhu dan tempe digoreng asing hingga garing. Panaskan sikit minyak dan tumis bahan dikisar sampai naik bau.

Masukkan udang kering dan kacau seketika. Bubuh santan, serai, daun kunyit, sayur-sayuran, bahan-bahan digoreng, garam dan gula.

Kacau hingga kuah pekat dan mendidih. Angkat. Hidangkan bersama ketupat nasi.

lontong johor : ) yurm !yurm !

nasi impit : )